Bismillah..Banyak pendapat mengatakan surah2 tertentu baik dan bagus diamalkan oleh wanita ketika mengandung.Seperti surah sekian sekian untuk memperoleh anak yang kacak dan surah sekian untuk memudahkan proses bersalin. Seperti yang diwasiatkan oleh junjungan tercinta kita Rasulullah s.a.w dalam hadis-hadis baginda,terdapat beberapa surah yang mempunyai fadhilatnya yang khusus.Seperti surah Al-Mulk sebagai pendinding dari seksa kubur dan api neraka, juga kelebihan surah al-Kahfi pada hari jumaat. Surah Maryam bagi ibu hamil terkenal kerana dalam surah tersebut menceritakan keadaan Maryam ketika melahirkan anaknya Isa alaihisslam. Gembira melihat ibu-ibu tekun mengamalkan amalan yang baik ini. Namun sayang, amalan ini hanya dilakukan sepanjang tempoh kehamilan sahaja. Sesudah itu entah kemana menghilangnya amalan ini hinggakan Al-Quran itu sendiripun ditinggalkan tidak disentuh hingga datang kehamilan berikutnya pula.
Sejujurnya,saya tidak mengamalkan sebarang amalan khusus sewaktu mengandung,saya cuma meneruskan amalan harian membaca Al-Quran seperti yang diamalkan sebelum kehamilan cuma pada tempoh kehamilan ini saya membuat target tertentu berapa kali kita ingin habiskan (khatam) sebelum melahirkan.
Sebagai contoh jika hari-hari biasa kita mengamalkan membaca satu muka surat Al-Quran sehari,maka teruskan amalan tersebut cuma perlu melipatgandakan bacaan untuk mencapai target khatam Al-Quran 1,2 atau 3 kali atau lebih sepanjang tempoh kehamilan tersebut.
Namun apa yang penting adalah meneruskan pembacaan al-Quran kita selepas kehamilan dan pada hari-hari biasa hinggalah ke hujung usia kita,tiada waktu tertentu yang perlu dihadkan untuk membaca Al-Quran kerana kelebihan membaca Al-Quran ini sangat besar malah Al-Quran merupakan syifa' (penawar) dan salah satu syafaat bagi yang sesiapa membacanya. Sabda Rasulullah s.a.w : "Bacalah Al Quran, kerana dia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti.."
Pokoknya ialah istiqomah iaitu beramal secara berterusan walau sedikit.Walaupun cuma semuka,sebaris mahupun sepotong ayat Al-Quran namun jika diamalkan setiap hari adalah lebih baik dari membaca seluruh al-Quran dalam masa sehari dan membacanya kembali cuma setahun kemudian.
Wallahua'lam.
اللهم لك الحمد على نعمة القرآن
اللهم اشرح صدورنا بالقرآن. اللهم نور قبورنا بالقرآن
اللهم آنسنا بالقرآن في ظُلَم الليالي. اللهم اغفر بالقرآن خطايانا.
اللهم اجعلنا من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك،
يا أرحم الراحمين!
اللهم وسع بالقرآن مداخلنا. اللهم آنس بالقرآن وحشتنا في القبور،
وارحمنا به يوم النشور. اللهم ارحمنا بالقرآن الكريم.
اللهم ارفعنا بالقرآن الكريم. اللهم زكِّنا بالقرآن الكريم.
اللهم اجعله شافعاً لنا، يا أرحم الراحمين
ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ
اللهم اشرح صدورنا بالقرآن. اللهم نور قبورنا بالقرآن
اللهم آنسنا بالقرآن في ظُلَم الليالي. اللهم اغفر بالقرآن خطايانا.
اللهم اجعلنا من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك،
يا أرحم الراحمين!
اللهم وسع بالقرآن مداخلنا. اللهم آنس بالقرآن وحشتنا في القبور،
وارحمنا به يوم النشور. اللهم ارحمنا بالقرآن الكريم.
اللهم ارفعنا بالقرآن الكريم. اللهم زكِّنا بالقرآن الكريم.
اللهم اجعله شافعاً لنا، يا أرحم الراحمين
ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ
No comments:
Post a Comment