Wednesday, June 9, 2010

Alhamdulillah..sudah 37minggu!

37 weeks

Alhamdulillah,hari ini 9 Jun 2010 kandungan telah mencecah usia 37minggu!Bermaksud baby sudah matang dan boleh bersalin pada bila-bila sahaja walaupun due date dijangka 3minggu lagi.
Kerana ruang yang semakin terhad,pergerakan bayi dirasakan lebih kepada menggeliat berbanding menendang kerana secara kasarnya sekarang berat bayi sudah mencecah 2.75kg dengan 49cm panjang.Besar bukan?Subhanallah..

Rasanya semua peralatan bayi sudah dibeli secara ala-kadar cuma perlu rujuk kembali check-list untuk reconfirm.Peralatan selepas bersalin si emak yang belum dibeli.Jamu,bengkung dan segalanya yang dengarpun sudah cukup mengerunkan apatah lagi apabila mempunyai seorang nenek yang sangat ketat dalam soal menjaga adat dan pantang larang sewaktu dalam tempoh pantang bersalin.Percaya atau tidak nenek saya telah bersiap sedia dengan segala jenis daun,herba dan batu tungku untuk persediaan dalam pantang saya nanti dan dia akan sampai ke kuala lumpur lagi 2 hari!oh..oh..dia juga telah membuat senarai hospital bagi mendapatkan kaedah perancang keluarga yang sesuai selepas bersalin nanti..hihi..itulah nenek saya yang ala-ala mak dara!sangat advanced roket angkasa!

Semakin hampir dengan hari bersalin,saya kembali menjadi semakin sensitif seperti di awal kehamilan dulu.Tidak boleh ditegur sikit oleh baba pasti air mata menjadi peneman. Kepala saya benar2 rasa ingin pecah dengan pelbagai berita bermula dari kisah draw Muhammad s.a.w. day,ke serangan keatas marvi marmara,hingga ke status halal produk2 dipasaran.Semuanya membuatkan saya tak keruan dan terus fikir dan fikir dan akhirnya menjadikan saya cukup tertekan. Mungkin juga disebabkan oleh hormon seperi hormon yang lain tapi doa saya semoga ia cepat hilang kerana tekanan ini membuatkan saya cepat marah dan sentiasa takut. Semoga Allah melindungi saya,kandunagan saya serta umat Islam seluruhnya dari segala keburukan dan kejahatan dan memberikan kita kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat inshallah.

Check-up seterusnya lagi 2hari dan Dr Masyitah minta untuk saya bawa sekali beg saya dan bayi.Seronok dan excited tapi apakah tandanya itu?hrmm..

ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ

1 comment:

  1. salam ayu :)

    atip nih..mabruk..hehe..dah dekat due baru tau ayu ngandung..hehe..mOga dimudahkan segalanya..

    ReplyDelete