Setelah membuat kajian serta penelitian dan perbincangan dengan para ibu sedikit sebanyak di internet,saya bercadang untuk memilih jenama Sebamed Baby sebagai produk penjagaan kulit bayi.Sebamed terbukti secara klinikal lebih lembut dan selamat untuk kulit bayi dan disyorkan oleh banyak doktor dan pakar kulit.Bahagian harganya yang tak berapa disyorkan..heheMasa Muhammad dulu hanya guna J&J's products. Tapi alhamdulillah Muhammad memang tidak ada sebarang masalah kulit sensitif dan sebagainya,boleh guna apapun produk even sabun cap kapak..hihi.Doa semoga adik Muhammad pun tiada sebarang masalah kulit dan kesihatan yg lain dan mudah dijaga macam abangnya juga inshallah.
Tadi selepas baba pulang dari pejabat,kami keluar dinner berduaan sebab Muhammad balik kampung alor star menghabiskan cuti sekolah dengan sanak saudara yg lain walaupun si kecik tu tak sekolah lagi tapi dia yang lebih advanced pergi bercuti!hihi.. (ya Robb..rinduu sangat dengan Muhammad)
Selepas dinner pusing2 dalam misi kami mencari 'sarang burung idaman' dari dulu hingga sekarang yang belum ketemu.Tapi takpa baba no pressure,pelan2 inshallah ada rezeki ada jalannya. Dalam jam 11malam kami singgah ke guardian bukit bintang dan terus kebahagian sebamed,memilih barang2 baby dan balik rumah.
Ok berbalik pada tajuk,untuk minyak pula,saya memilih untuk terus menggunakan minyak yu yee cap limau seperti yang digunakan untuk Muhammad dulu.Ibu mertua yang mencadangkan untuk pakai minyak ni,katanya bagus untuk kanak2 dan merupakan minyak turun temurun digunakan keluarga suami dan inshallah saya akan terus gunakan minyak ni.Tapi minyak ni agak panas,jadi jangan pakai banyak2.Sapu sekadar perlu sahaja.
Bedak ? Dari Muhammad lagi saya tidak menggunakan bedak kerana kesan buruknya yang lebih banyak berbanding fungsi baiknya yang hanya untuk menyerap peluh.Boleh google atau bertanya dengan doktor anda untuk maklumat lebih terperinci tentang penggunaan talcum powder ini.Product Review -
SEBAMED : Belum guna lagi sebab tuannya belum keluar tapi baunya sangat wangi (ini setelah diuji ke atas baba..hihi)
MINYAK YU YEE : Baik untuk kembung perut baby biiznillah
ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ
No comments:
Post a Comment