Untuk check-up kali ni,mama n Muhammad memang sengaja bertolak dari rumah lewat sebab taknak tunggu lama.Jadi jam 3.30 ptg baru kami keluar rumah(selalunya jam 2 dah keluar).Sampai sana seperti selalu dalam jam 5 baru nama dipanggil.
Rutin biasa,submit borang GL,buat urine test,timbang berat badan,check bp dan tunggu turn..whoa~
Lepas tu baru call baba suruh datang.Dalam 5minit saja baba dah sampai(ofis seberang jalan saja).Tapi kesian baba yang keletihan,selalu kami akan pot pet pot pet tapi kali ni sebab terlalu penat,baba tertidur atas kerusi.Jadi mama n Muhammad saja yang dok berbincang masalah dunia.
Nama dipanggil,masuk bilik,sembang2 santai dengan Dr Masyitah dan buat 4D ultrasound.Ya,seperti biasa abang Muhammad paling kalut time ni :-) Baby tetap tutup muka dengan tangan dia kali ni cuma yang nampak rambut dia yang berjurai didahi..mashallah.Berat baby dah mencecah 2.5kg alhamdulillah.Kerana tak dapat tengok muka maka kami hanya membilang jari tangan dan kaki baby saja.
Rasanya mama dah makan lebih dari keperluan sepatutnya sampai dah ada rupa ala-ala penguin bila berjalan,terkedek-kedek!Semoga Allah mengurniakan baby dengan kesihatan,rupa paras dan akhlak yang sempurna.Semoga menjadi insan soleh yang diri,harta dan hidupnya untuk Islam inshallah.
Note : Next appointment on 11th June 2010
ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ
ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ




No comments:
Post a Comment