Kami ke Mom&Baby Expo 2010 yang diadakan di Midvalley dan bercadang nak beli pakaian baby tapi orang sangat ramai dan padat - menjadikan mama sangat pening dan tak ketahuan.
Jadi,kami buat keputusan nak pulang sahaja tapi dalam usaha nak keluar dari hall celah-celah manusia tu,kami terpelanting ke booth Planet Enfants.Sempena expo kali ini mereka buat promotion kesemua stroller termasuk my dream stroller Quinny Zapp Travel System.Market price RM 1699 tapi untuk promosi selama 3hari tu harga dia just RM 1450 termasuk voucher untuk mana2 barangan baby di Mammours sah sehingga 2bulan.Jadi selepas bincang dengan baba,kami putus untuk beli disitu sahaja.
Stroller dah ada disitu cuma untuk Maxi Cosi car seat warna hitam seperti yang saya nak dah habis.Being me yang sangat cerewet,mereka terpaksa telefon semua store mereka di One Utama,Tropicana Mall dan sekitar Kl tapi jawapannya warna hitam dah sold out.Akhirnya last call ke store Planet Enfant di KLCC tinggal satu sahaja lagi.So mereka terus reserved it for us dan kami boleh pick-up di KLCC bila-bila masa sahaja lepas tu.
Review : Kena tanya abg Muhammad,sebab dia yang rasmi dulu :-) The Zapp folds very small, has a storage bag, ideal for holidays etc. It is so light you could probably take it on the plane.Mashallah


No comments:
Post a Comment