Thursday, May 27, 2010

Baby Cot

Setelah hampir sebulan survey sana sini,kami buat kata putus untuk ambil Graco's Pack n Play Baby Travel Cot@Playpen.

Sebab apa travel cot?Sebab baby cot ni mudah dan senang untuk disimpan dan untuk kesana sini.Dan apabila dah tak nak guna nanti boleh pack balik letak dalam travel bag yang disediakan dan simpan dalam store room.Mudah dan jimat space.
Masa Muhammad dulu kami beli katil baby kayu warna putih.Memang cantik dan luas.Tapi lepas dia besar dan taknak tidur lagi disitu,bagi saja dekat orang sebab memang tak ada tempat nak simpan.So untuk baby kedua ni kami pilih baby travel cot untuk lebih praktikal inshallah.
Harga dia juga jauh lebih murah dari katil baby biasa,hanya RM 400 sahaja.

Jadi selepas check-up di Pusrawi yang lepas dan solat Asar disana,kami bertolak terus ke MidValley.

Sampai sana kami terus ke Mothercare,pilih design baby cot (hanya available design elephant n lion saja jadi kami pilih lion..hihi)dan minta salesgirl disitu bagi quick instruction how to fold baby cot,dan balik!

Review : Alhamduliilah,sangat puas hati dengan budget yang terhad.Misi seterusnya mencari mattress,cadar dan mosquito net untuk baby cot ini pula.

Gambar lama : Muhammad in his baby cot


Abang Muhammad@Mothercare :




ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ

No comments:

Post a Comment