Jadi mengheret baba ke Ikea,tak jauh mana dari rumah tapi bila weekend jalan jammed rasa macam jauh sangat nak sampai sana.Bila sampai,solat asar dulu dan terus ke bahagian bedding baby.Ada banyak pilihan bed canopy yang comel disini tapi sebab dah buat research di internet sebelum datang jadi tak pening nak pilih,terus ambil design yang dikehendaki - Fabler Bed Canopy RM 59

Then terjumpa cadar baby yang plain tanpa sebarang corak.Memang ke Jusco,mothercare semua cadar baby ada corak.Nak cari yang plain sebab baby cot tu dah sememangnya meriah dengan corak lion nya,jadi untuk meneutralkan kembali,cadar plain tanpa sebarang bunga adalah pilihan yang tepat(kan saya dah kata saya sangat cerewet) . Mulanya nak ambil plain white tapi baba nak plain green untuk bagi sedondon dengan baby cot-harga RM 40 untuk 2helai cadar.Ambil juga comforter quilt baby warna putih for RM 50 only.
Waktu nak pergi bayar di ground floor sempat ambil sebuah basket AGEN -rotan putih kecil (RM 9.90) untuk isi toiletries baby yang belum dibeli.Jam 6.30 ptg kami dah keluar,cuma sejam setengah saja disana sebab nak kejar masa ke masjid al-Ridwan Ulu Kelang ,ada ceramah oleh Us Azhar dari Terengganu sejurus selepas maghrib.Tamat.
Review : Untuk baby bedding,saya rasa di Ikea jauh lebih murah berbanding di Mothercare,Anakku dan kedai bayi lain dengan pilihan design dan warna juga lebih banyak.
ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ



No comments:
Post a Comment