Friday, January 15, 2010

Mashallah Tabarakallah - 4months

Alhamdulillah..jutaan syukur dipanjatkan kepada Allah,kandungan dah menginjak usia 4bulan!Pada waktu ini sekitar 120hari maka malaikat dengan perintah dari Allah telah datang meniup roh ke jasad baby dan menulis catatan perjalanan kehidupannya sebagai seorang hamba Allah.Sebagai seorang ibu doaku moga Allah menjadikannya anak yang soleh,termasuk dalam golongan mereka yg faqih dalam hal agama,kuat imanya,tinggi semangat jihadnya kerana dialah Fateh al-Quds al-Thani!inshallah

Check-up untuk kali ini benar-benar mengujakan dan menggembirakan atas banyak sebab!Alhamdulillah :)

- First time dapat check di hospital Pusrawi dibawah gl suami.

-Dapat gynae Dr Marsyitah,dr kenalan lama yang pertama kali merawat dan mengesahkan kandungan abang Muhammad semasa di Jeddah 4tahun lepas :)

-Dan yang paling mengujakan kerana suami tercinta turut menemani pada lawatan kali ini selepas 3kali lawatan bersendirian.Rasa nak beritahu semua yang ada dihospital hari tu bahawa saya datang bersama suami saya!yeayyy :)

-Seronok dapat melihat perkembangan bayi dan mendengar degupan jantungnya.Baby asyik menghisap ibu jarinya dan kerap kali membuka dan menutup mulut.Dr Masyitah berseloroh mengatakan bayi lapar.Mungkin ya,kerana walapun hampir berkumandang azan Asar namum mama baby belum menjamah sebarang makanan.kesian baby..

-Dan oh Dr Marsyitah mengesahkan jantina baby!Baba yang paling gembira bila dapat khabar berita tu.Alhamdulillah!boy or girl?shhhh~ rahsia!

with my ruhi @ dewan menunggu

ultrasound time yg paling excited!

Dr Masyitah menunjukkan jantina baby :)

Not 3D,it's 4D ultrasound!amazing subhanallah


Note : Next appointment on 11th Febuary 2010

ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ

No comments:

Post a Comment