Thursday, February 11, 2010

Mashallah Tabarakallah - 5months

Subhanallah,Fateh al-Quds II dah besar,dah 20minggu!Jangkaan saiz bayi adalah sebesar buah betik!! :)

Check-up untuk bulan ke-5 ini,sekali lagi saya bersendirian,suami kembali terbang beribu batu ke bumi barakah.Oh ya,saya tidak bersendirian,suami meninggalkan pembantu peribadinya yang seiras(namun sedikit kerdil) untuk menemani saya kali itu."Adik dalam perut mama" diulang-ulang PA kecil ini sambil mulut penuh nasi lemak telur sementara menunggu giliran di pusrawi yng sememangnya lama kerana orang yang ramai.

Ketika pemeriksaan ultrasound,dr Masyitah memaklumkan berat bayi dah setengah kilo-berat normal untuk bayi diusia ini.Ultrasound kali ini bayi nyeyak tidur (kekenyangan mungkin kerana mama sempat menghabiskan 2bungkus nasi sebelum datang)sambil tangannya diletakkan didahi.Mungkin melambai abangnya yang sangat teruja nak melihat adik.

Muka bayi jelas kelihatan menerusi skrin 4D,dan mereka berkata wajah baby seiras dan sebiji wajah babanya! :) Seorang lagi anak baba!

Disini disertakan gambar anak baba untuk tatapan babanya yang beribu-ribu batu nun disana :

Baby tidur - Gambar baby yang ini yang dikatakan mirip babanya :)

Assalamualaikum!Baby melambai kepada abangnya yang excited!

Gift lawatan kali ini- syukran dr Mashitah


Note : Next appointment on 12th March 2010

ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ

No comments:

Post a Comment