Alhamdulillah,baby dah masuk usia 3bulan!Dan berakhirnya trimester pertama dan permulaan bagi trimester kedua.Kandungan kali kedua ini amat ketara perbezaannya.Jika dulu dalam fasa trimester 1 kandungan pertama,setiap pagi akan mengalami morning sickness yang teruk dengan muntah yang kerap,loya dan tidak bermaya.Berbeza dengan kandungan kali ini tidak rasa apapun kelainan sehingga seringkala tertanya-tanya "Betul ke mengandung ni?" Mungkin tahu babanya jauh di perantauan dan kesian dengan mama jadi he being so well-behaved baby.Thank you Allah!
Perubahan lain,muncul beberapa jerawat dibahagian muka.Kajian saintifik menunjukkan bahawa normal bagi wanita mengandung (bukan semua) berjerawat pada trimester pertama oleh kerana peningkatan hormon androgen dan keadaan akan menjadi semakin buruk jika bayi yang dikandungkan ialah lelaki.
Hrmmm...adakah perlu melupakan angan-angan yang baru dibina untuk membeli baju baby pink?Kalau tanya baba,katanya nak 10 orang anak lelaki :speechless:
Apapun segala pujian hanya layak dan berhak untuk Allah s.w.t yang merupakan sebaik-sebaik penentu.Alhamdulillah,jadilah hamba yang sentiasa bersyukur :
Yang apabila dilimpahi kenikmatan mengucapkan tahmid memuji Allah - Alhamdulillah!
Yang apabila didatangkan ujian dia tetap sabar dan terus bersyukur -Alhamdulillah 'ala kulli hal!
Yang apabila melihat musibah yang menimpa makhluk lain,dia bersyukur kerana diselamatkan - Alhamdulillahil lazi 'afani!
Ya Allah bagiMU segala pujian di langit dan dibumi dan diantara keduanya..
ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ
No comments:
Post a Comment