Friday, June 18, 2010

Check-up 38weeks

Bismillah.

Untuk check-up kali ini,pegi dengan abang Muhammad!yeayy..abg Muhammad dah balik kl.Sampai Pusrawi jam 4ptg,setengah jam lepas tu dah boleh masuk,kebetulan orang tak ramai haritu.

Masuk jumpa our dearest Dr Marshitah.Dari skrin ultrasound 4D nampaknya baby masih dok main peek-a-boo lagi,tutup muka-nampak pipi dia saja! :-) Dr Marshitah kata pipi baby tembam macam buah epal!Berat baby dah 2.8kg alhamdulillah.Jangkaan baby lahir nanti 3kg++. Abang Muhammad dulu pun lahir besar 3.4kg!Tapi mama agak adik Muhammad ni tak sebesar abang dia.sebab apa?entahlah..mama kurang makan benda berkhasiat kata baba.Tapi tetap sama seperti kehamilan sebelum ini,berat mama naik 20kg!ya betul 20kg!harus ke slimworld lepas ni..hihi..

Bukaan dah 1.5cm.Jadi dr sarankan untuk datang balik hospital 10hari lagi!

Abang Muhammad tak bergerak tengok adik

Peek-a-boo baby

Turun ke farmasi,ambil segala vitamin dan terus berkejar ke Keramat kerana baba kena sampaikan kuliah maghrib disana.

Segala keperluan baby dah cukup ala kadar inshallah.Semoga dipermudahkan Allah segala urusan dan dilindungi daripada segala keburukan inshallah.

Me?excited+nervous!

Menjawab beberapa soalan yang ditanya pembaca.

Mengenai kos bersalin di hospital Pusrawi,ni hasil kami bertanya dr secara rambang sahaja-tak details.Kalau bersalin normal bermula dari RM3500.Guna epidural RM 4000+.Harga semakin tinggi jika vacum dan lainnya.Nanti selepas bersalin kami akan update secara lebih terperinci kos sebenar.Tapi alhamdulillah kami dibawah GL tabung haji.Bersalin Muhammad di hospital alawi tunisi Makkah dulu pun free sebab student.Alhamdulillah rezeki our Fateh al-Quds.

Ada juga tanya tentang tudung bidang 60 saya..hihi..semua saya beli secara online dengan my dear friend Basyee.Boleh lawat butiknya di http://hijab4nisa.blogspot.com. Tudungnya besar jadi memang ramai tak perasan saya mengandug sehinga kandungan masuk 8bulan.Tapi lepas tu memang dah tak boleh sembunyi lagi..hihi..

Bagi sesiapa yang ada sebarang pertanyan utk saya. boleh email di missabaya@gmail.com inshallah saya akan cuba bantu sekadar mampu

Mama 39weeks.Baba pula? (^_^)


ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ
"Our Lord! grant us in our mates and offspring the joy of our eyes and make us patterns for those who guard against evil." (25:74)
“YA TUHAN KAMI, ANUGERAHKANLAH KAMI ISTERI-ISTERI KAMI DAN KETURUNAN KAMI SEBAGAI PENYENANG HATI (KAMI), DAN JADIKANLAH KAMI IMAM BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAKWA''

No comments:

Post a Comment