Tuesday, November 10, 2009

Tips 01


Lawatan pertama ibu mengandung adalah kira-kira pada minggu ke-12 kehamilan.Anda akan diminta mengunjungi klinik sekali sebulan sehingga kandungan mencecah minggu ke-28.

Lawatan akan menjadi lebih kerap selepas fasa ini iaitu 2kali sebulan sehingga minggu ke-36 dan pada bulan-bulan terakhir.Ujian yang dilakukan adalah bagi memastikan kehamilan anda membesar dengan normal dan sihat.

Semasa di klinik,anda mungkin terpaksa menunggu giliran yang agak lama sehingga nama anda dipanggil.Oleh itu bawa majalah/buku atau al-Quran untuk dibaca bagi mengisi masa anda.Lebih indah jika anda mampu berkongsi bacaan dengan pasangan anda yang turut sama menemani anda ke klinik.Pasti anda berdua tidak lagi akan merasa jemu atau bosan menunggu.

Selamat mencuba!

ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماماَ

1 comment:

  1. Masya Allah tabarokallah..
    Semoga Allah menjaga saudari dan merahmati saudari.
    Semoga anak yang bakal dilahirkan akan menjadi pejuang ISLAM yang berani dan bijak.
    Mula lah menjaga pemakanan dari sekarang.

    ReplyDelete