Tuesday, June 27, 2006

The Arrival of Muhammad!



Beg baby dan beg mak baby yang sudah lama siap



27 Jun 2006 - Kami bersama ke Mustashfa Alawi Tunisi- salah satu hospital swasta paling besar dan terkenal di Makkah pada jam 5 petang hanya sekadar ingin membuat pemeriksaan biasa. Mama n ja yang datang ke Makkah untuk menyambut kedatang baby baru berangkat ke Madinah pada mlm tadi kerana memikirkan baby yang belum ingin keluar,,,sementelah Quran yang dihafaznya di dalam kandungan ibu belum selesai. 

Setiba di sana, Isteriku yang comel lote masya Allah...terasa sakit perut...tadi masa pukul 11 am pun beliau dah rasa sedemikian..... 

Bila kami daftarkan diri kami…kerani Philiphine bercakap telor arabnya mengatakan Doktor Ismat Aadil Assoifi ada dalam bilik bedah...dia kata rehat dulu...kami pun mengambil tempat utk merehatkan diri sambil membaca surah Maryam bersama dan sambil tengok skrin iklan hospital tersebut. Saya sekali lagi memberitahu ttg isteri ku yg bertambah sakit pada kerani tersebut..dia habaq yg doktor lelaki ada selain dari doktor Ismat..Doktor sakit puan ada 4 orang semuanya. 

Setelah itu,kerani yg nampak dah kesian pada kami pun menelefon doktor berkenaan dan mengatakan ada org yang menunggu giliran dan mungkin akan beranak sekejap lagi.. 

Doktor tu pun tiba dan terus mengajak kami masuk ke kamar khasnya...walaupun di kerusi menunggu hospital yang terlalu dingin pendingin hawanya itu ramai,,,seperti dia dah kenal kami...alhamdulillah.. 

Soalan pertama yg dia tanya kami…Malaysia?…good!

baby nangis dah...nanti jap rehat...taip jap lagi…..

Sambung cerita semalam... 

dah doktor tu di telefon lah ia,,maka ia pun sampai lah ia..

Selepas soalan pertama ditanya, Saya pun dgn yakin menjawab, ni dah terlepas tarikh seminggu dah... 

Dr Ismat Aadil Assoifi pun tanpa melengahkan masa menyuruh pembantunya menolong isteriku untuk naik ke katil pemeriksaan.....setelah di check dgn ultrasound...kemudian dot..dot...dot...dot...sensor... 
Doktor terus memangdangku dan dgn penuh yakin dia kata lagi 3 jam insya Allah baby nak keluar...dah tak boleh balik dah...perlu stay kat sini!

Aku pun tahap rasa panik dan dgn selamba Alhamdulillah menelefon mama n ja yg pergi ke Madinah mlm tadi dan masih berada di sana...mereka dijadualkan pulang selepas Isya'...terus mempercepatkan perjalanan pada pukul 8malam. 

Setelah tu...isteriku yang masya Allah dgn penuh yakin dan berani terus mengikut Dr Ismat yg membawanya ke tingkat satu di mana terletaknya DELIVERY ROOM...aku pula di bawa oleh sister utk urusan pendaftaran dan lain-lain.... 
di labour room

Setelah selesai urusan ...di photostat iqamah dan sebagainya,,,,alhamdulillah semua dokumen dah dibawa dan segalanya berjalan lancar..aku terus ke delivery room...tengok-tengok isteriku dah pakai uniform hijau bilik bedah dan sedang membaca Surah Maryam..masya Allah...sebak sendiri hatiku...inilah yang dikatakan hadis Rasulullah saw...jihad seorang perempuan...mereka begitu senang utk ke syurga...hanya tunaikan SEGALA SURUHAN Allah dan taat pada suami...masuk syurga tanpa bicara,,sedangkan lelaki masih di tanya ttg harta dan sebagainya....BERUNTUNGNYA MEREKA!

Aku rasa bersemangat alhamdulillah....kita merancang Allah yang menentukannya...mama datang dari jauh utk menyambut cucu pertama...tapi skrg mama masih di madinah...mungkin masih ada masa.Aku pun meminta kebenaran dari isteriku utk keluar solat maghrib dan mengambil beg pakain baby dan ibu baby..... 

Setelah dicium ubun-ubunnnya aku pun keluar,,dan aku meninggalkan pesan pada pembantu bilik bersalin ...org indon....supaya menghubungiku...kalau ada apa2... 

Bila ku sampai kembali ke depan bilik tu....aku tidak dibenarkan masuk....aku terpaksa menunggu,,,dan bila ku dibenarkan masuk...ada dua pintu besar yg memisahkan ....aku terus terpandang isteriku...Ya Allah!..aku terus meletakkan barang dan meluru memeluk isteriku....ucapan takbir dan LA ilaha illah...inilah betapa besarnya pengorbanan ibu pada anak-anak.... 

Doktor terus mengucapkan TAHNIAH dan katanya 'walad' - lelaki… Alhamdulillah...syukur.. 


- baba Muhammad -


fresh from the oven!
baby setelah dibersihkan
kak Noor dan suami yang banyak membantu
Dari wad bersalin kemudian dipindahkan ke bilik 503


No comments:

Post a Comment